Ahad, 11 Disember 2011

COMPANY DAH COVER..X NAK AMBIL MEDICAL CARD?

“Saya dah ada company punye insurans & medical card, tak perlulah saya ambik personal punyer…”


Alasan ini mmg dah biasa kita dengar tapi ape kah kesannye kepada anda & keluarga anda. Hayati lah cerita di bawah ini berkenaan pengalaman seorang rakan agent PruBsn Takaful (En Bojed) bersama prospek nyer. Diharap kita dapat bersama-sama mengambil ikhtibar.
Okay, ini cerita saya tentang orang yang taknak ambil personal insurance/medical card sebab terlalu selesa dengan coverage yang company bagi.
1. Hari Rabu baru ni, saya dapat satu phone call dari seorang prospect perempuan yang dapat flyers saya dari booth PruBSN di Jusco Alpha Angle.
2. Dia kata nak ambil medical card PruBSN untuk suami dan dia kata dia boleh bayar maximum RM4,000.00 setahun.
3. Saya kata boleh je nak ambilkan untuk suami. Kalau suami sihat dan takde masalah kesihatan, dalam 2 weeks policy boleh approve dan siap.
4. Lepas tu baru prospect tu gitau yang suami dia sebenarnya ada leukemia stage 3. Ramai yang taktau bahawa leukemia juga adalah cancer. Dia nak ambil medical card sebab treatment cost mahal sangat.
5. Prospect tu gitau dulu suami dia seorang electronic engineer di sebuah company selama 14 tahun. Suami dia taknak ambil personal insurance sebab company dia cover unlimited medical bill.
6. Pada tahun 2008, doctor diagnosed suami dia ada leukemia. Masa tu company cover semua medical bill.
7. Bila dah start sakit, badan belum dapat sesuaikan dengan keadaan kesihatan waktu tu. So boleh kata hampir tiap2 hari suami dia cuti. Medical bill tiap2 bulan company tanggung.
8. Pada November 2009, suami dia dapat surat diberhentikan kerja sebab tak cukup tempoh bekerja dalam setahun dan company terpaksa tanggung medical bill tinggi.
9. Prospect tu kata, company ada bagi pampasan gratitude RM20,000 kat suami dia, tapi dah habis untuk buat leukemia treatment.
10.Prospect tu gitau, sebulan sekali kena buat blood treatment (rawatan darah) RM2,500 dan sebulan 2 kali kena buat therapy RM600/session. Total treatment cost sebulan ialah RM3,700. Setahun RM44,400.
11.Prospect tu tambah lagi, dia kata sekarang ni dia mampu untuk buat blood treatment je untuk suami dia sebab kalau buat therapy sekali terlampau mahal. Suami dah tak kerja, so prospect tu yang tanggung belanja family 100%. Anak 4 orang, semua masih bersekolah.
12.Sepanjang phone call tu, prospect menangis dan merayu supaya saya tolong beliau. Saya kata saya kena contact PruBSN dulu untuk kepastian.
13.Saya call leader saya iaitu azizriadi dan consult tentang kes saya ni.
14.Azizriadi kata, dia ada experience tentang kes cancer. Ada prospect dia kena cancer stage 1, dah sembuh, verified by doctor’s report, tapi still Prudential reject application prospect tu.
15.Prudential suruh client tu tunggu 2 tahun dulu baru re-apply medical card. Medical report je dah RM400 kena bayar, last2 kena reject juga.
16.Kalau orang yang pernah kena cancer stage 1, dah sembuh dan disahkan doctor pun kena reject dan kena tunggu 2 tahun, orang yang cancer stage 3 pula macam mana?
17.Ada satu je jawapannya: Confirm kena REJECT on the spot. As simple as that. No backdoor exploitation.
18.Saya pun call prospect tadi dan gitau perkara sebenar. Saya minta dia bersabar. Tapi dari suara dia, seolah-olah dia dah putus harapan dgn masa depan family dia.
19.Moral of the story – walaupun you mampu untuk bayar RM4,000 setahun untuk Takaful, tapi kalau you dah sakit, either Takaful you approve tapi bersyarat tak cover penyakit sedia ada atau kena REJECT terus.
20.You taknak ambil personal Takaful/medical card sebab company dah provide unlimited coverage? It’s up to you.
21.Electronic engineer yang dah kerja 14 tahun dan dah senior di company tersebut pun boleh diberhentikan sebab tak productive dan merugikan company.
22.You rasa diri you macam mana? Renung-renungkan la…

MANFAAT -MANFAAT

Senarai Manfaat '


=


Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

1- Kematian
• Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
• Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
• Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

2- Lumpuh Kekal Keseluruhan (TPD)
• Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
• Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
• Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan.

3- Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal (Crisis Shield)
• Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
• Kos rawatan akan ditanggung oleh Kad Perubatan (
rujuk manfaat kad perubatan)
• Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
• Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
• Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
• Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4- Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal (Crisis Cover Income)
• Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
• Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
• Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
• Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
• Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
• Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

6- Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan (Accident Medical Reimbursement)
• Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
• Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Kad Perubatan untuk rawatan akibat kemalangan.

7- Pampasan Mingguan (Weekly Indemnity)
• Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
• Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
• 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

8- Kad Perubatan (Medical Card)
• Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke
Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
• Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
• Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
• Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

9- Medical Cover
• Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
• Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
• Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
• Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
• Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
• 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
• Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
• Elaun Bedah-Maksima RM12,500 setahun

10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
• Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
• Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = RM 400 sehari.
• Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
• Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
• Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan resit. Elaun hospital akan diberikan kepada peserta selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
• Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
• Hospital - swasta atau kerajaan

11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
• Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
• Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.

12- Khairat Kematian
• Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

13- Premium Percuma (Contributor Benefit)
• Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau mengalami Lumpuh Kekal Keseluruhan sebelum mencapai usia 60 tahun.
• Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

14- Parent Contributor (Takaful Cerdik)
• Sekiranya ibubapa peserta meninggal dunia atau mengalami Lumpuh Kekal Keseluruhan sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada hadapan (FOC). Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun.

15- Takaful Saver Contributor
• Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap salah satu daripada
36 penyakit kritikal.

16- Pulangan Pelaburan
• Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM1,000.
• Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
• Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

17- Takaful Saver
Takaful Saver membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit di dalam Akaun unit pelaburan (IUA).

18- Pelepasan Cukai
• Melayakkan anda menerima pelepasan cukai insurans hayat bersama EPF sehingga RM6,000.
• Bagi Takaful Cerdik, ianya melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sehinnga RM3,000.

Rabu, 14 September 2011

PRUBSN UMMAH(TAKAFUL HAJI)


PruBSN Ummah

  • Suatu pelan yang di reka khusus bagi membantu kita di dalam menunaikan ibadah fardhu Haji dan Umrah. Pelan ini menggabungkan simpanan dan perlindungan yang memfokuskan kepada membantu kita untuk menunaikan kewajipan haji samada semasa masih hidup atau pun setelah meninggal dunia.
    • 1.Manfaat-manfaat Haji/Umrah.
      * Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
      * Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji(Upah orang tunaikan haji).
      * Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.
2.Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
* Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
* Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
* Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.
3.Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi.
* Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
4.Tingkatkan simpanan anda
* Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal1, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.
5.Manfaat-manfaat penyakit kritikal.
* Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.
6.Bonus Loyalti.
* Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
* Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.

Pelan Takaful hadapi kos haji

Dipetik dari Harian Metro bertarikh 26 November 2010
December 11th, 2010

PruBSN Ummah (Pelan Pakej Haji/Umrah)

  • Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini?
  • Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut: (berapa tahun perancangan anda untuk pergi haji@umrah) dan :
    • Umur dan jantina (merokok @ tidak)
    • Pekerjaan
    • Jumlah dan terma perlindungan anda
    • Status kesihatan anda
    • Kaedah pembayaran anda
Butiran proposal akan disediakan secara PERCUMA jika maklumat diatas disediakan dan emailkan kpd qudwah78@yahoo.com. untuk pihak saya sediakan proposal tersebut.
Pihak kami sedia berjumpa dengan pihak tuan untuk menerangkan mengenai Plan PruBSN Ummah.

SUMBER PENDAPATAN ANDA

Sumber Pendapatan

Sumber pendapatan seseorang pada amnya boleh dibahagikan kepada dua. Atau tidak salah saya katakan mempunyai dua langkah.
Langkah pertama adalah, “work for money”. Inilah langkah asas untuk memperoleh wang sebelum kita menggembangkan pendapatan kita. Sumber pendapatan ini adalah samada melalui gaji, royalti, keuntungan atau meminta sedekah. Langkah ini memerlukan kita untuk berkerja.
Lain pula dengan langkah kedua, iaitu “money work for us”. Ramai yang terlepas pandang bahawa melalui duit juga seseorang boleh menambah pendapatanya. Contohnya, anda mempunyai duit lalu membeli rumah, kemudian anda sewakanya kepada orang lain, dan anda akan dapat pendapatan daripada duit sewaan tersebut. Seorang yang bijak menguruskan kewangan tidak akan membiarkan duitnya habis dibelanja sahaja. Tetapi, memikirkan bagaimana duit hasil pendapatanya bertambah dahulu sebelum dibelanjakan.
Mengikut kajian, nisbah ideal untuk perlaburan dan perbelanjan adalah seperti berikut:
1) 10% untuk perlaburan jangka masa panjang.
2) 20%-40% perlaburan jangka masa pendek.
3) 50%-70% untuk perbelanjaan.
Banyak faedah jika anda melabur sambil menyimpan. Antara kegunaan perlabuaran;
1) Perlaburan jangka masa pendek – Untuk melancong, deposit rumah, deposit kereta, renovate rumah, membeli barang idaman dll.
2) Perlaburan jangka masa panjang – Untuk simpanan hari tua.
Tapi bagaimana pula simpanan untuk bil hospital? Semua akan setuju jika saya katakan tiada seorang pun yang akan menyimpan semata-mata untuk membayar bil hospital. Adakah anda mampu jika bil hospital anda adalah RM2,000? Bagaimana pula sekiranya bil hospital anda RM10,000? Bagaimana pula RM70,000? RM450,000?
Di Prudential BSN Takaful kami ada dana yang dapat membantu anda sekiranya ini berlaku kepada anda. Sekiranya anda menyimpan dengan kami, anda bukan sahaja menyimpan, tapi anda, saya dan ramai lagi akan membentuk sebuah dana yang akan membantu kita sesama insan. Anda tak perlu keluar TV untuk meminta simpati kepada orang ramai, tapi biarkan kami yang uruskannya.
Merancang sekarang adalah lebih baik daripada merancang di kemudian hari.




Jumaat, 9 September 2011

PRUBSN TAKAFULINK



PRUBSN SMARTLINK


PRUBSN FIRSTLINK







PILIHAN UTK ANDA






PRODUK TERBARU



Assalamualaikum wbt...saudara &saudari yg di rahmati dan di kasihi sekalian.....
Alhamdulillah, produk terbaru daripada Prudential BSN Takaful yang ditunggu-tunggu sekian lama dah dilancarkan juga akhirnya. Semalam (5 September) promosi besar-besaran dah mula disiarkan di akhbar seperti Harian Metro, The Star, The Edge dan website rasmi PruBSN Takaful serta di Facebook PruBSN Takaful.
Kalau dulu, produk invesment-link PruBSN terdiri daripada dua je iaitu Takafulink & Takafulink Cerdik(untuk 1-18 tahun) tapi sekarang PruBSN Takaful dah asingkan ikutk umur dan keperluan. Jadi, client boleh pilih pelan ikut kesesuaian umur masing-masing di samping keperluan semasa mereka. Contohnya kalau mereka yang baru lepas graduate dan baru bekerja, gaji pun tak besar lagi, so produk yang sesuai untuk mereka ialah PruBSN FirstLink. Kira macam First Protection Plan untuk merekala. Monthly payment pun tak mahal. Minimum RM100. Kira affordable la untuk yang baru start keje dan mula nak membina kehidupan.
Untuk mereka yg  umur 1-18 tahun pulak, PruBSN cadangkan untuk ambik PruBSN SmartLink. Yang bestnya produk ni, kalau anak-anak ni tadi cemerlang dalam peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah, tiap-tiap tahun periksa tu diorang akan dapat bonus dalam bentuk wang tunai, 50-200% daripada premium tahunan. Contohnya, Encik Ali ambil pelan PruBSN SmartLink ni untuk anak dia dengan sumbangan tahunan RM2,400 (atau RM200 sebulan), jadi bila anak dia dapat UPSR 5A, anak dia akan dpt 50% daripada RM2,400 tu iaitu RM1,200. Nanti PMR dapat pulak 7A, anak dia akan dapat pulak 100% daripada RM2,400 tu iaitu RM2,400 gak dan seterusnya sampai SPM/Diploma/Ijazah. Best tak? emmm ...mestilah best...anak2 sy masih kecik lg....lmbt lg la..insyaallah...
Dan seterusnya produk ketiga PruBSN Link Series iaitu TakafuLink. TakafulLink ni serupa jugak macam Takafulink  yang lama cuma ada penambahbaikan dan manfaat tambahan yang lagi best untuk client. Eiii..tak sabarnya nak jual produk-produk ni.
Any way,any time,anybody, kawan-kawan sume, kalau ada masa tu, silalah jusha-usha apa yang ada kat bawah ni. 

Untuk temujanji, hubungi saya Ustaz amriey 0193504649@0163174647@qudwah78@yahoo.com
Yang Teruja,